Kegunaan Tanjung (pokok)

Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki Bahagian ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.
Cari sumber: "Tanjung" pokok – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
  1. Merawat ruam bernanahBeberapa kuntum bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar Jintan Hitam. air rebusan diembun semalaman. Air ditapis dan dimandikan pesakit dengan air tersebut.
  2. Merawat sakit gigi dan boleh menghilangkan nafas berbau.Kulit batang pokok direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari
  3. Merawat luka.Air rebusan kulit batang pokok digunakan untuk mencuci luka.
  4. Merawat ozena atau rinitisJus daun bunga tanjung dijadikan ubat titis hidung dua kali sehari dan dilakukan sehingga sembuh.
  5. Mewangikan rambut.Biasanya bunga tanjung direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumur ke rambut.
  6. Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi mengecutkan rahim dan mengetatkan peranakan wanita.

Minyak yang diekstrak dari biji tumbuhan ini mengandungi beberapa asid lemak. Air seduhan akarnya yang dicampur dengan cuka dapat digunakan untuk mengubati sakit tekak.[4]

Kayu

Jalan di Candi, Candisari, Semarang dihiasi pohon tanjung pada masa Hindia Belanda

Kayu baka parvifolia yang biasa tumbuh dekat pantai setinggi 25 m dan segemang 40 cm padat, berat, dan keras dipilih sebagai bahan pasak dalam pembuatan perahu, untuk tangkai tombak dan tangkai perkakas lain, almari dan perabot, serta untuk tiang rumah.[1]:1590 Kayu tanjung juga baik untuk dijadikan bahan ukiran, patung, penutup lantai, jambatan, dan bantalan landasan kereta api.[5]

Kayu teras tanjung coklat tua, sedangkan lapisan keliling atau "gubal"nya berwarna lebih muda dengan batas-batas yang jelas. Teksturnya halus dan merata, dengan arah serat lurus, agak bergelombang atau sedikit berpadu. Berat jenis kayu berkisar antara 0.92–1.12 (rata-rata 1,00), dan termasuk kelas kuat I. Kayu tanjung tergolong mudah dikerjakan dengan hasil yang amat baik; ia dapat diserut, dibor, dilubangi persegi, dan diamplas dengan hasil yang sangat baik; serta dibentuk dan dibubut dengan hasil yang baik hingga sangat baik.[5]

Keawetan kayu tanjung termasuk dalam kelas I-II; daya tahannya terhadap jamur pelapuk kayu termasuk kelas II, sementara terhadap rayap kayu kering termasuk kelas IV (tidak awet). Dalam pada itu, keterawetannya tergolong sedang.[5]

Rujukan

WikiPedia: Tanjung (pokok) https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Mimuso... https://www.mybis.gov.my/sp/12155 https://www.nparks.gov.sg/florafaunaweb/flora/3/0/... https://www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%2... https://www.google.com/search?tbm=nws&q=%22Tanjung... https://www.google.com/search?&q=%22Tanjung%22+pok... https://www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Tanju... https://scholar.google.com/scholar?q=%22Tanjung%22... https://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%...